Pinjaman Lepasan TVET

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK

Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program  latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Syarat-Syarat Pinjaman

  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
  • Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
  • Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan dua (1) orang penjamin.

Kadar Pinjaman

  • Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-
  • Yuran pengajian.
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM 300 sebulan semasa tempoh latihan dan “On Job Training”.
  • Bayaran premium untuk perlindungan insurans.
  • Fi pentadbiran sebanyak 1% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.

Syarat-Syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia
  • 1 Orang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM 1000 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  •  Jika penjamin pertama merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  • Tidak diisytiharkan muflis.

Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran

  • Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
  • Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.

Bayaran Balik Pinjaman

  • Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
  • Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
  • Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan

Bayaran Balik Pinjaman

  • 2 keping gambar pelajar berukuran pasport (tulis nama dan no kad pengenalan dibelakang gambar)
  • 2 salinan kad pengenalan pelajar yang disahkan
  • 2 salinan kad pengenalan  ibu dan bapa yang disahkan
  • 2 salinan sijil kelahiran pelajar yang di sahkan
  • 2 salinan Keputusan Peperiksaan  SPM / SPMV pelajar  (tidak perlu jika pelajar berumur 16 tahun dan tidak  menduduki SPM ) yang disahkan
  • 2 salinan sijil berhenti sekolah pelajar yang disahkan ( Jika berumur 16-17 tahun)
  • 2 salinan kad pengenalan penjamin yang disahkan
  • 2 salinan slip gaji  yang disahkan oleh majikan
  • 2  borang akuan pendapatan penjamin (jika penjamin berkerja sendiri) yang disahkan oleh Pengetua Sekolah Menengah / Ketua kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu
  • Pegawai kerajaan kumpulan pengurusan / professional GRED 41 keatas
  • 2 Salinan buku akaun / maklumat akaun yang dicetak di CIMB bank (CIMB Konventional Akaun)

SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDALAH DISAH OLEH MANA MANA PIHAK BERIKUT DI TEMPAT BERMASTAUTIN PEMOHON:-

  • Pengetua Sekolah Menengah / Ketua kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu
  • Pegawai kerajaan kumpulan pengurusan / professional GRED 41 keatas