Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran bagi Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah bermula enam (6) bulan selepas menamatkan program latihan tersebut atau enam (6) bulan selepas bayaran dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian
Penetapan tempoh bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah mengikut jumlah pinjaman latihan kemahiran yang diluluskan. Tempoh jadual bayaran balik Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah seperti di Jadual di bawah
Bil
Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan
Tempoh Bayaran Balik
1
RM 1,000
12 Bulan
2
RM 2,500
30 Bulan
3
RM 3,000
36 Bulan
4
RM 5,500
66 Bulan
5
RM 7,000
84 Bulan
6
RM 8,500
102 Bulan
7
RM 10,000 ke atas
120 Bulan
Jadual 1 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Program Pinjaman Lepasan Sekolah
Program Pinjaman Latihan Kemahiran Lepasan Sekolah mengenakan caj pentadbiran atas kadar tiga peratus (1%) setahun ke atas baki berkurangan mulai tarikh bayaran balik bermula
Peminjam/ penjamin boleh memulakan bayaran balik pinjaman tanpa perlu menunggu surat/ notis peringatan daripada PTPK