Persijilan Kemahiran Malaysia adalah satu kaedah pembelajaran menentusahkan keterampilan pelatih dalam sesuatu kemahiran dan di anugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Sijil Kemahiran dan Diploma kemahiran Malaysia.
Asas penilaian adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) yang dibangunkan oleh pakar-pakar industri dalam berbagai bidang kemahiran berasaskan keperluan industri dan Teknologi terkini.
Terdapat 3 Kaedah pembelajaran iaitu melalui institut latihan yang diiktiraf oleh JPK atau latihan berorentasikan industry, dimana pelatih akan dilatih di industri dan juga Penilaian Pencapaian terdahalu, iaitu satu kaedah untuk mempersijilkan tenaga kerja dalam industri yang mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam sesuatu bidang kemahiran.
Persijilan juga terbahagi kepada 3 kaedah iaitu penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia, diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dan penyata Pencapaian (PC)