Institut Latihan Umax ditubuhkan pada Ogos 2009, merupakan Penyedia Latihan Kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. UMAX menawarkan kursus kemahiran teknologi kejuruteraan Injection moulding dan kimpalan. Umax bermatlamat mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dengan melatih pelajar lepasan sekolah dan pekerja di Industri dengan kemahiran teknologi terkini untuk menampung keperluan tenaga kerja mahir di Malaysia demi meningkatkan ekonomi Negara. Umax membawa pelajar ke dunia pekerjaan sebenar dengan memberi kemudahan latihan praktikal di industri yang mengunakan teknologi terkini. UMAX diiktiraf dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Human Resource Development Corporation – HRDCorp, Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kementerian Kewangan Malaysia (ePerolehan) , Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), CIDB dan Ahli FeMac (Persatuan Pusat Bertauliah).
Sebagai Pusat Latihan yang diiktiraf oleh kerajaan , maka pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan sijil oleh kerajaan iaitu sijil kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Pelajar UMAX layak mendapat bantuan kewangan, samada berbentuk pinjaman atau biasiswa daripada Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Human Resource Development Corporation – HRDCorp , Kementrian belia dan Sukan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Modal Insan Johor, Jabatan Agama Islam, Jabatan Orang Asli, MITRA dan lain lain agensi Kerajaan yang berkaitan.
UMAX mempunyai ikatan Kerjasama yang baik dengan syarikat-syarikat di Johor dan Singapura dan ini memberikan peluang baik untuk penempatan kerja bagi graduan UMAX setelah tamat pengajian. Bagi pelajar yang di bawah program biasiswa akan diserap kerja oleh syarikat atau agensi tajaan.
Menjadi penyedia latihan plihan dalam latihan kemahiran
Kami komited untuk penambahbaikan yang berterusan dalam meningkatkan prestasi sumber manusia dalam organisasi . Kami mewujudkan hubungan dengan syarikat untuk memahami strategi unik perniagaan, matlamat, keperluan dan budaya sihat syarikat.

